Search
 

 

Public Mutual Berhad (No. Syarikat 23419-A) menghormati privasi anda dan berusaha untuk melindungi data peribadi anda seperti yang termaktub di dalam undang-undang Malaysia. 

Kami hanya akan mengumpul dan menggunakan data peribadi anda mengikut undang-undang (termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010), Notis Privasi dan klausa privasi seperti yang tertera dalam Kontrak Agensi anda dengan kami.

Notis Privasi ini menerangkan, antaranya:

  • Data peribadi yang dikumpul dan bagaimana ia dikumpulkan;
  • Bagaimana data peribadi anda digunakan;
  • Pendedahan data peribadi; dan 
  • Akses kepada dan kemas kini data peribadi anda.

Privasi anda penting bagi kami, jadi sila luangkan masa untuk memahami amalan kami dan jika anda memerlukan maklumat lebih lanjut, sila hubungi Talian Perkhidmatan PEUA kami di 03-2022 6300 atau bercakap dengan Pegawai Khidmat PEUA di mana-mana cawangan kami.

Untuk tujuan Notis Privasi ini, sila beri perhatian bahawa:

  • “Kumpulan Public Mutual” merujuk kepada semua cawangan, agensi, syarikat perwakilan, syarikat pegangan, bersekutu atau syarikat berkaitan dan pegawai mereka atau agensi, yang terletak di dalam atau luar Malaysia.
  • “Kita” atau “kami” merujuk kepada Public Mutual Berhad.
  • Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Notis Privasi ini hanya digunakan sekiranya anda seorang individu.

Sila klik pautan berikut untuk maklumat lanjut:-

 

 

|  Contact Us  |   Privacy Policy  |  Terms & Conditions  |
Copyright © Public Mutual Berhad (23419-A) ALL RIGHTS RESERVED.